Pengenalan Pada Asas Catur


Pengenalan

Permainan catur merupakan permainan berpapan paling popular di dunia, permainan ini sudah wujud sejak 1300 tahun yang lampau. Catur sangat senang dipelajari namun memerlukan sepanjang hayat untuk dimahiri.
Permainan catur membuatkan seseorang itu fokus dalam apa yang dilakukan kerana permainan catur membuatkan seseorang itu menggunakan otak kiri dan kanan dengan konsisten. 
Objektif permaianan ini adalah untuk checkmate pihak lawan; ini berlaku apabila King/Raja salah satu pemain berada dalam  keadaan check, dan tiada sebarang gerakan yang mampu dibuat oleh pemain tersebut bagi mengelakkannya.


Asas Papan Catur

a) Papan catur

  1. Catur dimainkan di atas sekeping papan yang mempunyai 64 petak hitam dan putih berselang-seli, dijajarkan supaya petak di penjuru kanan-bawah (bagi kedua pemain) berwarna putih.
  2. Petak cerah dan gelap pada papan catur ini serta buah cerah dan gelap catur sering dirujuk sebagai "putih" dan "hitam", walaupun dalam set catur moden hampir semua warna boleh digunakan.
  3. Baris melintang pada papan catur dipanggil rank dan dinomborkan 1-8; lajur menegak pula dipanggil file dan diberikan huruf a-h.


 
b) Buah Catur
Catur dimainkan oleh 2 orang pemain (seorang pemain buah putih/cerah & seorang lagi pemain buah hitam/gelap), seseorang pemain memiliki:


                           i.          8 Pawns/Bidak


 
                         ii.          2 Bishops/Gajah

 

                       iii.          2 Knights/Kuda




                       iv.          2 Rooks atau Castles/Tir

                         v.          1 Queen/Menteri


                       vi.          1 King/Raja

c) Susun atur buah catur
Berikut merupakan beberapa panduan menyusun buah catur:
  1. Petak paling bawah merupakan petak putih/ cerah dimana ia hendaklah berada di sebelah kanan pemain
  2. Knight hendaklah berada di dalam Castle: Knight diletakkan di sebelah Castle (Castle merupakan benteng kota).
  3. Queen pada warnanya: Dimana Queen Putih hendaklah berada di petak putih, Queen Hitam di petak hitam.
  4. Bishop mengawal King: Bishop mengelilingi King dan Queen.


 












 


 
 

2 comments: