Mengingati kisah semalam menyebabkan aku kembali rasa bersalah,tetapi aku ingin buat yang terbaik untuk anak-anak didikku. Tapi mukinkah aku yang tersalah langkah?. Aku mahukan mereka mencapai potensi tertinggi mereka, namun adakah aku yang tersilap cara? Aku tersilap kerana tidak meletakan Tuhan dihadapanku. Aku tersilap kerana tidak mendoakan mereka. Aku hanya berpusat pada teknik dan prinsip semata-mata. Aku pasti belakang parang kalau diasah akan tajam, cuma adakah tuan punya parang mahu paranngnya diasah?