Monday, 22 April 2013

Kenapa pelajar suka meniru assignment

kenapa pelajar suka meniru assignment/projek dan tilikan terhadap masa hadapan mereka?
1) Pelajar yang meniru memiliki self-esteem yg rendah- Bakal di pijak oleh org lain. Jadi pak turut seumur hidup. 
2) Pelajar tersebut pemalas- tiada keazaman, tiada cita-cita dan berakhir dengan menganggur dan minta-minta dari mak bapa, saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan etc...
3) Pelajar tersebut tiada prinsip hidup-bakal jadi penjual atau pengedar cd cetak rompak, peniru rekaan org lain, Mengambil pendapat org lain untuk dijadikan pendapat sendiri.
3) Ingin memiliki sesuatu yang baik sedangkan tidak mampu- Bakal jadi hipokrit dan pandai membodek bos klau sudah berkerja.
4) Pelajar tersebut nak cepat siapkan asignment maka meniru- Bakal jadi bapa ayam, bapa kambing, segala macam bapa lagi lah. kerja nak senang dan cepat tapi hasil mesti memuaskan la katakan.
5)  Pelajar tiada masa - Bakal jadi org yang suka bertanggung. Semua nak tangguh, buat projek, projek bertanggung, buat kertas kerja x pernah nak siap on time.   
 6) Yang lain kamu pikirlah sendiri.

Ada bagusnya tidak menghantar assignment/projek dari meniru. Kerana Meniru ni Menipu. Tapi alangkah bagusnya kalau pelajar mampu memahami apa yang ditirunya bahkan mampu memambah baik hasil tiruannya itu. Jadi itu bukan lah meniru namanya... itu inovasi HAHAha 
 

 

Friday, 20 April 2012

Mengingati kisah semalam menyebabkan aku kembali rasa bersalah,tetapi aku ingin buat yang terbaik untuk anak-anak didikku. Tapi mukinkah aku yang tersalah langkah?. Aku mahukan mereka mencapai potensi tertinggi mereka, namun adakah aku yang tersilap cara? Aku tersilap kerana tidak meletakan Tuhan dihadapanku. Aku tersilap kerana tidak mendoakan mereka. Aku hanya berpusat pada teknik dan prinsip semata-mata. Aku pasti belakang parang kalau diasah akan tajam, cuma adakah tuan punya parang mahu paranngnya diasah?